Jumaat, 18 Mei 2012

# budak kukur

- terkata-kata -

Dalam hidup kita harus berfikiran positif untuk melengkapi sebuah kehidupan. Apa yang berlaku didepan mata bukan seperti apa yang difikirkan. Apa yang kita dengar bukan boleh untuk diperjelaskan dan apa yang kita tihat bukan boleh untuk dihakimi. Kehidupan bagaikan sebuah roda, terkadang kala bila kita diatas pasti kebahagiaan yang dirasai namun andai tersungkur pastinya ditemani dengan kekecewaan. Haruskah kita bersedih ? haruskah kita berduka ? Hidup ini bukan untuk berduka ! hidup ini juga bukan untuk bergembira ! Sebagai seorang manusia kita semestinya harus mejalankan segala apa yang telah diaturkan buat kita sejak zaman azali lagi. Carilah bekalan demi masa hadapan. Carilah pahala demi bekalan dihari akhirat. Bagaikan pantas berlalu, untuk hari ini terlalu banyak benda yang telah kita redahi. Apakah semua itu membantu kita untuk meneruskan liku kehidupan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us @soratemplates